Monday, August 10, 2009

Suhu Badan

Bermula hari ini, guru bertugas di SJKC Siang Lin perlu mengambil suhu badan murid-murid sebelum mereka masuk ke dalam kelas masing-masing. Ini dilakukan bagi memastikan hanya murid-murid yang sihat sahaja masuk ke dalam kelas bagi memastikan virus H1N1 tidak menular ke sekolah ini. Sekiranya terdapat murid yang didapati demam dengan suhu badan melebihi melebihi 38 darjah celsius, murid ini perlu diasingkan serta dibawa mereka ini ke klinik.Ia juga selaras dengan arahan terkini Jabatan Pelajaran Melaka.

Setakat ini, tiada murid yang didapati suhu badan melebihi 38 darjah celsius. Di harap, fenomena H1N1 ini akan pulih dari semasa ke semasa bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.


Cikgu Chu sedang memeriksa suhu badan murid

Guru juga tidak terkecuali

0 comments: