Thursday, July 30, 2009

Pertandingan Bercerita dan Syarahan

Tarikh: 30 Julai 2009
Tempat:Dewan SJKC Siang Lin
Masa : 8.15 pagi (bercerita),10.35 pagi (syarahan)

Panitia Bahasa Malaysia SJKC Siang Lin telah mengadakan pertandingan Bercerita untuk murid tahun 3 dan 4 manakala Pertandingan Syarahan untuk murid tahun 5 dan 6. Pertandingan ini berlangsung di dewan SJKC Siang Lin.

Pengadil untuk pertandingan bercerita ialah Cikgu She Siok Shia, Cikgu Tan Lai Moi dan Cikgu Tan Siew Geok manakala pengadil untuk pertandingan syarahan pula diketuai oleh Cikgu Tan Lai Moi, Cikgu Fong Sheik Kwan dan Cikgu Yoong Yeei Meei.

Senarai pemenang untuk pertandingan bercerita ialah:-

Tahun 3
1) Tay Shan Zhi - 3M
2) Lai Mei Fern - 3M
3) Nabilah - 3M

Tahun 4
1) Nur Izzati - 4M
2)Lim Wei Wen - 4M
3)Farhana - 4M

Pemenang untuk pertandingan syarahan ialah:-

Tahun 5
1) Hanis Suraya - 5M
2) Tan Xiu Hui - 5M
3) Loo Ker Ni - 5M

Tahun 6
1) Ong Chong Seng - 6B
2) Nur Hafizah - 6K
3) Mok Su Kim - 6M

Panitia Bahasa Malaysia mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya. Bagi murid yang tidak berjaya, jangan putus asa. Anda boleh cuba lagi pada masa akan datang.
Panitia Bahasa Malaysia juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru dalam menjalankan program ini bak kata pepatah ”Sepakat Membawa Berkat”.












Pemenang Syarahan Tahun 5 dan 6

Pemenang Bercerita Tahun 3 dan 4

Pemenang Tahun 3

Maaf, gambar kurang memuaskan kerana masalah penataan cahaya...Harap maklum.

Saturday, July 25, 2009

LDP kelima ...

Tempat: Bilik Komputer
Masa:8.00 pagi - 2.00 petang
Tarikh:25 Julai 2009
Tajuk:Kajian Tindakan 2

LDP kali kelima berjalan dengan dengan lancar. Tajuk pada kali ini ialah kajian tindakan. Pada LDP yang lepas, guru-guru telah didedahkan dengan pengenalan Kajian Tindakan. Pada LDP kali ini, guru-guru didedahkan bekenaan cara-cara menulis proposal serta laporan Kajian Tindakan.

Makanan yang disediakan juga sangat memuaskan. Cuma ada sedikit masalah semasa perjalanan LDP iaitu ada sedikit kebisingan akibat kerja-kerja pembaikan mozek yang rosak di bilik guru. Terima kasih semua cikgu kerana memberikan kerjasama yang sangat baik dan mengkagumkan.



Cikgu Lee Wai Leng memberikan pendapat


Meneliti handout yang diberi



Mr Seit,GPK HEM SJKC Siang Lin

GPK Kokurikulum, PNn Ooi Kim Wah

Thursday, July 23, 2009

Kebakaran di Siang Lin

Tempat : SJKC Siang Lin
Masa:8.05 pagi
Tarikh:23 Julai 2009

Jangan terkejut...Sebenarnya bukan kebakaran ...tetapi hanyalah latihan menghadapi kebakaran. Latihan ini merupakan latihan kebakaran kali kedua pada tahun ini. Segalanya berjalan lancar. Semua murid dan guru selamat.


Loceng kebakaran dibunyikan





Murid-murid yang selamat berkumpul di hadapan sekolah



Cikgu Yaw juga selamat...



Selamatkan diri anda...




Mr Seit sedang memberi taklimat mengenai latihan ini



Teng Evan gembira kerana selamat...



Setelah semuanya selamat, murid-murid masuk ke kelas seperti biasa

Wednesday, July 15, 2009

Pentaksir Kawasan Datang...

Pentaksir Kawasan Bukit China datang untuk mentaksir Pentaksiran Lisan Berasaskan sekolah (PLBS) pada hari ini. Semuanya berjalan lancar. Pentaksiran bermula pukul 11.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama.

Saturday, July 11, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 4 - Kajian Tindakan 1

Tarikh : 11 Julai 2009

Tempat : Bilik Komputer SJKC Siang Lin

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang


Latihan Dalam Perkhidmatan kali keempat berjalan dengan lancar. Tajuk pada kali ini ialah Kajian Tindakan 1. Semuanya berjalan dengan lancar.


Aktiviti selepas makan pagi ialah teknik tarian dalam P&P. Terima kasih ke
padaCikgu Lee Fong Eng kerana telah mencurahkan ilmu tariannya kepada semua guru. Semua guru enjoy. Semoga, ilmu yang diperolehi pada hari ini dapat disebarkan kepada anak-anak murid kita.


Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama.


Cikgu She sedang menyampaikan info


En Rizazmi tidak terkecuali...


Mr Seit sedang menyampaikan info


Mendengar dengan teliti...




Antara yang hadir



Cikgu Lee Fong Eng sedang mengajar tarian



Thursday, July 9, 2009

Pertandingan Syarahan dan Pemahaman Piala Perpaduan



Pertandingan ini berlangsung di SJKC Bukit Beruang. Ong Chong Seng dari kelas 6B telah mewakili Siang Lin untuk pertandingan syarahan manakala See Tian Xin, Lee Wan Jing, Seow Zuo Ann dan Tan Chi Jie telah mewakili Siang Lin untuk Pertandingan Pemahaman Bahasa Malaysia.

Walaubagaimanapun, pada pertandingan syarahan, kita gagal untuk memenanginya. Di harap, semua murid tidak berputus asa dan mencuba lagi pada masa akan datang. Jika kita berusaha, pasti kita akan berjaya. Kemenangan pada hari ini bukan bererti kemenangan yang kekal. Oleh itu, tingkatkan usaha,yakin dan selalu berlatih. Anda pasti berjaya.

Terima kasih atas kerjasama kalian. Untuk Pertandingan Pemahaman, keputusan akan diumumkan melalui pos.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI akhirnya akan dimansuhkan...

Selepas 6 tahun, akhirnya program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dihapuskan.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program ini akan dihapuskan bermula 2012 dan matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa kebangsaan manakala di sekolah-sekolah jenis kebangsaan ia akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.PPSMI dilaksanakan pada 2003 di cadangkan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Minggu Kecergasan

Minggu Kecergasan SJKC Siang Lin bermula dengan aktiviti senam robik. Aktiviti ini diketuai oleh guru pakar tarian Siang Lin iaitu Puan Lee Fong Eng. Semua murid dan guru menjalankan aktiviti dengan gembira. Terima kasih atas komitmen semua. Siang Lin chiayok... Aktiviti ini dijalankan setiap hari Rabu pada bulan ini.


Murid-murid memulakan senam robik

1,2,3...

Antara Fasi yang diketuai oleh Ckgu Lee Fong Eng


Cikgu Fong sangat bersemangat...

Baik untuk semua...

Wednesday, July 1, 2009

Pertandingan Pemahaman Bahasa Cina

Pertandingan Pemahaman Bahasa Cina telah dijalankan pada hari ini. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6. Murid-murid dikehendaki menjawab 40 soalan objektif dalam masa 30 minit. Pemenang akan dinilai dengan 2 aspek. Pertama, mencari markah murid yang paling tinggi. Sekiranya berlaku markah yang sama, pemenang akan dilihat berdasarkan waktu menghantar skrip jawapan. Pertandingan bermula jam 10.35 pagi dan berakhir 30 minit kemudian. Tahniah untuk Panitia Bahasa Cina SJKC Siang Lin.