Thursday, July 29, 2010

Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan syarahan Bahasa Melayu. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahun 5 dan 6. Pertandingan ini diadili oleh 3 orang pengdil iaitu Cikgu Tan Siew Geok, Cikgu Yoong Yee Mei dan Cikgu Aziroh.

Pemenang Tahun 6:
1. Loo Ke Ni, 6B
2. Sarah Michelle, 6M
3. Hanis Suraiya, 6B

Pemenang tahun 5:
1. Wong Hui Lin,5M
2. Pang Sze Yuann,5M
3. Teh Ching Ye, 5M

Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya, berlatih lebih awal dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Peserta tahun 6
Peserta tahun 5

Wong Hui Lin dari Kelas 5M


Pengadil yang mengadili pertandingan ini

Saturday, July 24, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 4

Latihan Dalam Perkhidmatan kali keempat pada tahun ini telah diadakan. Tajuk kali ini ialah Teknik Hiasan Untuk Buku Skrap. Semua guru menyertai LDP ini.

Saya sebagai Setiausaha LDP ingin mengucapkan terima kasih kepada guru besar serta guru-guru yang memberikan kerjasama sebaik mungkin. Terima kasih kepada fasilitator FOC kami, Pn Lee Wai Leng yang telah mencurahkan segala kepakaran beliau untuk dikongsi bersama agar dapat diturunkan kepada anak-anak didik kita pada masa akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab Guru SJKC Siang Lin kerana telah menaja sarapan pagi. Semoga Siang Lin akan terus maju dan dapat meningkat dengan agresif dalam segala bidang tidak kira pelajaran mahupun sukan atau bidang-bidang yang lain.





Guru-guru membuat latihan dalam kumpulan

Guru Besar memberikan ucapan perasmian


Friday, July 23, 2010

PTK

Hari ini keputusan PTK telah diumumkan. 2 orang guru telah mendapat keputusan maksimum-A untuk kedua-dua bidang iaitu generik dan khusus.
Tahniah kepada Pn Lee Fong Eng dan Pn Ooi Kim Wah yang telah berjaya mendapat A untuk kedua-dua kertas ini. Di harap kejayaan ini dapat menaikkan semangat guru lain untuk lebih berusaha mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang pada PTK yang akan datang.Chiayookkk...

Thursday, July 22, 2010

Awas, Kebakaran !!!!

Latihan kebakaran telah dijalankan pada 22 Julai 2010. Latihan dijalankan pada pukul 830 pagi. Semua murid dan guru berjaya menyelamatkan diri. Tahniah kepada semua...





Murid-murid selamat daripada kebakaran

Guru besar menyampaikan sedikit nasihat daripada latihan ini


Guru-guru memeriksa bilangan murid setiap kelas

Encik Zam membunyikan loceng kecemasan

Murid-murid dan guru-guru keluar untuk menyelamatkan diri

Friday, July 16, 2010

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Pertandingan bercerita Bahasa Melayu telah diadakan pada hari ini. Peserta-peserta terdiri daripada murid-murid tahun 3 dan tahun 4. Pertandingan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi.

Senarai pemenang pertandingan bercerita:-
Tahun 3:
1. Tay Guey Fang,3M
2. Muhammad Amirul Hakim bin Roslee,3M
3. Alisha Dhaniah binti Aliddin

Tahun 4:
1. Muhammad Noor Azam bin Abdul Muzil,4B
2. Tay Shan Zhi,4M
3. Nabilah Izzati binti Ismail,3M

Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang memberikan kerjasama.