Monday, June 29, 2009

Kuiz Isu Semasa...

Pada minggu lepas, murid-murid SJKC Siang Lin telah menyertai Kuiz Isu-Isu Semasa. Umumnya, kuiz ini memang diketahui amat sukar. Seow Zuo Ann dari Kelas 6B telah mendapat saguhati dalam pertandingan ini. Semoga SJKC Siang Lin akan lebih berjaya di masa akan datang.

Saturday, June 27, 2009

Hi Tea Hari Guru Di Hotel Avilion Legacy

Tarikh : 27 Jun 2009
Masa: 1.00 petang -3.00 petang
Tempat : Hotel Avilion Legacy, Melaka

Jamuan Hi Tea telah diadakan di Hotel Avilion Legacy, Melaka. Semua guru telah hadir kecuali Pn. Ooi Kim Wah dan En. Rizazmi yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Semua yang hadir tersenyum gembira telah kenyang makan pelbagai jenis makanan...Sedikit gambar untuk tatapan semua...





Saturday, June 20, 2009

Latihan Dalam perkhidmatan 3

Tarikh: 20 Jun 2009
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat:Bilik Komputer Sjkc Siang Lin,Melaka
Tajuk: P&P Berkesan

Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan untuk kali yang ketiga. Tajuk pada kali ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan. di harap para guru dapat memanfaatkan LDP ini bagi memantapkan lagi teknik mengajar semasa di dalam kelas. terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama dan komitmen yang mantap dalam menjayakan latihan ini.

GPK 1 sedang membentangkan pembentangannya


GPK Koku sedang menerangkan P&P Berkesan


Cikgu Lee Fong ng sedang memberi penerangan


Cikgu Yow memberi penerangan tentang sejarah pendidikan


Guru-guru mengadakan perbincangan


Latihan Dalam Kmpulan

Guru-guru mendengar dengan teliti