Tuesday, March 31, 2009

Pertandingan Bola Keranjang

Tarikh: 31 Mac 2009
Tempat : SJKC Norte Dame, Melaka

Tahniah kepada pasukan bola keranjang SJKC Siang Lin yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan bola keranjang peringkat Kawasan Bukit Cina.3 orang pemain Siang Lin telah dipilih untuk mewakili Kawasan Bukit Cina ke pertandingan peringkat negeri.Kepada pasukan lelaki, kami juga berbangga dengan anda atas usaha kalian. Walaupun tewas, kami percaya masih ada ruang untuk diperbaiki agar mendapat kejayaan yang lebih gemilang pada tahun hadapan. Percayalah, kejayaan ini membuktikan kita boleh berjaya walaupun kita mempunyai bilangan murid yang sedikit. Anda telah membanggakan kami semua.

Pemain Siang Lin menerima medal



Cikgu Ooi Kim Wah menerima sijil murid-murid



Naib Johan Kawasan Bukit Cina

Saturday, March 28, 2009

Mesyuarat Agung PIBG cum Hari Terbuka cum Anugerah Cemerlang UPSR 08

Tarikh:28 Mac 2008
Tempat:Dewan SJKC Siang Lin

Hari Terbuka bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Semua ibu bapa yang hadir akan menerima kad pelaporan ujian bulanan pertama anak mereka. Selepas itu, mesyuarat Agung PIBG bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sebelum pemilihan AJK PIBG yang baru, murid-murid cemerlang UPSR 2008 telah diberi sedikit imbuhan atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan. Untuk penerima 7A, akan menerima sebuah basikal montain bike serta wang tunai RM 100. Lumayankan???Kepada murid-murid 2009 yang ingin mendapat hadiah sedemikian, berusahalah dari sekarang!!

Mesyuarat dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi 2008



Guru Besar sedang menyampaikan ucapannya



Antara yang hadir semasa mesyuarat



Tetamu dari PPD juga hadir



Murid cemerlang menerima hadiah



Sesi pemilihan AJK PIBG yang baru

Saturday, March 14, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 1-Eduwebtv

Masa : 8.00 pagi -2.00 petang
Tarikh:14 Mac 2009

Semua guru telah menghadiri latihan dalam perkhidmatan bertajuk Eduwebtv. Latihan ini telah disampaikan oleh Cikgu She Siok Shia dan juga Cikgu Kamarulhisham Haron. Latihan tamat selepas makan tengah hari kira-kira jam 2.00 petang.Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama yang mantap atas latihan ini.

Cikgu She sedang menyampaikan penerangan tentang tajuk yang diberi



Guru-guru sedang memberi sepenuh perhatian



Cikgu Kamarul sedang menyampaikan penerangan tentang Eduwebtv




GPK 1 sedang memberi ucapan penutup sebelum LDP berakhir...

Friday, March 13, 2009

P&P Prosidar Semasa PJK

PROSIDAR (Program Sifar Dadah)diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pengetahuan tentang dadah kepada murid-murid agar mereka tidak terjerumus dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan merugikan ini. Semua guru PJK diwajibkan mengajar selama 6 waktu mengikut tarikh yang telah dipilih oleh setiap guru. Di harap dengan pengajaran ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah utama negara kita.


Murid-murid membaca artikel berkenaan bahaya dadah



Mr Seit sedang mengajar

Murid-murid sedang membuat aktiviti di dalam kelas

Wednesday, March 11, 2009

Kebakaran...Kebakaran...Kebakaran...

Date:11 Mac 2009
Tempat : SJKC Siang Lin

Satu latihan kebakaran telah diadakan. Latihan bermula jam 8.00 pagi. Semua murid serta guru mengambil bahagian dalam latihan ini.

Encik Zam sedang membunyikan loceng tanda berlaku kebakaran

Murid-murid lari menyelamatkan diri mengikut laluan yang telah dirancang


Murid-murid berkumpul di hadapan sekolah manakala guru kelas mengambil nama murid-murid berpandukan buku kehadiran murid pada hari itu


Murid-murid dibenarkan masuk ke kelas semula setelah "keadaan selamat".