Thursday, August 13, 2009

Taklimat

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Mr Seit Itt Hong.Taklimat ini disampaikan di Dewan Besar SJKC Siang Lin.Taklimat ini disampaikan kepada semua murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semua dengan adanya taklimat ini, akan menaikkan lagi semangat murid Tahun 6 agar berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Semua anda berjaya. Terima kasih kepada Mr Seit kerana sudi meluangkan sedikit masa.

Mr Seit sedang menyampaikan pesanannya...


Murid-murid mendengar dengan teliti

Tuesday, August 11, 2009

Penyerahan Akhbar

Majlis penyerahan akhbar daripada YB Datuk Gan Tian Loo telah berlangsung pada pagi tadi. Majlis bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sejam kemudian. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang diberikan.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meningkatkan lagi keputusan peperiksaan yang akan berlangsung kelak. Selain itu, dengan adanya akhbar di dalam kelas, ia juga diharap agar dapat menyemai minat membaca di kalangan murid-murid.

Antara tetamu jemputan yang hadir

Murid-murid mendengar dengan teliti

Guru Besar, En Ng Kock Foey menyampaikan ucapan

Wakil YB...

Tetamu jemputan yang hadir

Seronok menjawab kuiz yang diberi

Kuiz dimulakan...

Low De Zhan dari Kelas 4M

Pemenang yang terpilih

Monday, August 10, 2009

Suhu Badan

Bermula hari ini, guru bertugas di SJKC Siang Lin perlu mengambil suhu badan murid-murid sebelum mereka masuk ke dalam kelas masing-masing. Ini dilakukan bagi memastikan hanya murid-murid yang sihat sahaja masuk ke dalam kelas bagi memastikan virus H1N1 tidak menular ke sekolah ini. Sekiranya terdapat murid yang didapati demam dengan suhu badan melebihi melebihi 38 darjah celsius, murid ini perlu diasingkan serta dibawa mereka ini ke klinik.Ia juga selaras dengan arahan terkini Jabatan Pelajaran Melaka.

Setakat ini, tiada murid yang didapati suhu badan melebihi 38 darjah celsius. Di harap, fenomena H1N1 ini akan pulih dari semasa ke semasa bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.


Cikgu Chu sedang memeriksa suhu badan murid

Guru juga tidak terkecuali

Friday, August 7, 2009

Taklimat H1N1

Tempat: Dewan SJKC Siang Lin
Masa : 10.35 pagi - 11.35 pagi

Taklimat berkenaan dengan H1N1 telah diadakan pada hari ini. Semua guru serta murid-murid wajib menghadiri taklimat ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Besar SJKC Siang Lin, En. Ng Kock Foey. Semoga dengan adanya taklimat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran tentang penyakit ini. Semoga semua warga SJKC Siang Lin selamat dan berjaya di dalam peperiksaan.

Guru besar menunjukkan cara memakai "mask"

Menjaga keselamatan

Tekun mendengar taklimat


Tuesday, August 4, 2009

Ujian Percubaan dan Ujian Bulanan

Ujian bulanan serta ujian percubaan tahun 6 telah diadakan serentak. Ujian ini bermula pada 4 Ogos 2009 dan berakhir pada 7 Ogos 2009. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang. Usaha tangga kejayaan.


Tekun menjawab soalan

Masa ketika ini amat berharga

Monday, August 3, 2009

Pemenang Pertandingan Tulisan Bahasa Cina