Monday, January 11, 2010

Tahniah!!!

Pertandingan Bola Keranjang Bawah 11 Tahun
Rakan Muda 1Malaysia
29 November 2009
Di dataran Pahlawan

Dari kiri, Loo Ke Ni (6B), Tan Xin Yi(6B) dan Fong Ai Wey(6M)

Tempat Ketiga
Pertandingan Menulis Sajak
Bahasa Mandarin
Anjuran Pelangi Sdn.Bhd

Chan Pei Yi(6B) menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM50

Pertandingan Kaligrafi dan Lukisan
Anjuran International Kaligrafi

Hugo Tan Xi Tao mendapat tempat ketiga. Dia menerima sijil penyertaan serta medal.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih. diharap, Siang lin akan lebih berjaya pada masa akan datang.

Sunday, January 10, 2010

Selamat Datang

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan kerani yang baru, Pn. Norashikin binti Ibrahim serta Ustazah Noor Aziroh binti Abdullah. Semoga gembira berkhidmat di sini.

Monday, January 4, 2010

Selamat Belajar

Pada hari ini, murid-murid memulakan sesi persekolahan. Pelbagai kerenah dan perangai yang dapat diperhatikan terhadap murid-murid khususnya murid-murid tahun 1. Ini kerana pada hari inilah hari pertama mereka menempuh alam persekolahan. Sebelum ini, mereka hanya mempunyai sedikit pengalaman ketika berada di kelas pra sekolah mahupun kindergarden.

Kepada murid-murid yang lama pula, pada hari ini mereka datang dengan segak bergaya di samping pakaina baru, beg sekolah baru serta kasut baru. Di harap, bukan setakat peralatan sekolah sahaja yang baru tetapi mereka perlulah menetapkan azam baru...Azam pada diri sendiri yang mereka akan belajar bersungguh-sungguh serta yakin untuk berjaya.

Kepada semua murid, selamat belajar serta selamat maju jaya kami ucapkan. Buat murid-murid tahun 1, selamat menjadi warga SJKC Siang lin. Berusahalah bersungguh-sungguh. Pasti!Anda akan berjaya.