Saturday, January 31, 2009

Tarian Naga 2009

Majlis diadakan pada hari akhir persekolahan sebelum menyambut Tahun Baru Cina 2009. Majlis telah di adakan di perkarangan SJKC Siang Lin.
Antara tetamu yang hadir ialah pengeruis PIBG SJKC Siang Lin. Tetamu telah memberi buah limau dan ang pow kepada murid-murid SJKC Siang Lin.SJKC Siang Lin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2009.Kami Juga ingin mengucapkan selamat bercuti dan jangan lupa untuk kembali semula ke sekolah pada Hari Isnin,2 Februari 2009...Jangan lupa untuk menyiapkan kerja rumah pada masa cuti ye...

Antara tetamu yang hadir


Murid-murid seronok menyaksikan Tarian Naga

Bukan murid-murid je yang seronok,guru-guru pun happy jugak...


Tetamu memberi buah limau dan ang pow kepada murid-murid

Antara aksi pada tarian naga

Monday, January 19, 2009

Perasmian Kempen Membaca

Perasmian Kempen Membaca telah dirasmikan oleh Puan Tay Ah Moy, GPK 1 SJKC Siang Lin. Perasmian telah diadakan semasa perhimpunan pagi bertempat di padang bola keranjang. Semoga dengan rasminya kempen membaca ini akan dapat menyemai minat untuk suka membaca kerana masa itu ibarat emas...Hanya orang yang tahu menggunakan masa dengan baik akan berjaya dengan cemerlang...

GPK 1 membantu murid membaca buku...

Saturday, January 17, 2009

Pertandingan Kaligrafi

Date: 15 Januari 2008

Lokasi: Padang Bola Keranjang Dan Dewan


Bermula pada pukul 8.00 pagi, pertandingan Kaligrafi telah diadakan. Pertandingan ini disertai oleh murid tahun 2 hingga tahun 6 SJKC Siang Lin. Semua murid tidak mengira kaum seronok menyertai pertandingan ini.



Cikgu Yow sedang memberi taklimat sebelum memulakan pertandingan

Cikgu Le Wai Leng and Company...

Murid murid sangat seronok...

Inilah masalah utama pertandingan ini...kelajuan angin yang sangat kuat...

Antara tetamu yang akan mempersembahkan kaligrafinya

Para tetamu menunjukkan hasil kaligrafi masing-masing

Wira dan wirawati Siang Lin juga tidak melepaskan peluang menunjukkan skill kaligrafi masing-masing
Hanya satu perkataan sahaja yang dapat disimpulkan....ENJOY...


Pemenang Tahun 2

Pemenang Tahun 3

Pemenang Tahun 4

Pemenang Tahun 5

Pemenang Tahun 6

Wednesday, January 14, 2009

1st meeting

Date: 23rd Disember 2008
Time: 9:00 a.m
Location: Dewan Besar SJKC Siang Lin
1st meeting telah diadakan awal-awal lagi. Walaubagaimanapun, jadual belum dapat dikeluarkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan.
Guru Besar telah memberi amanat kepada semua guru supaya prestasi SJKC Siang Lin dapat dipertingkatkan ke tahap Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Semoga kita bersama - sama berusaha dalam menjayakan misi dan visi kita ini. Chiayoook...



GPK HEM, Mr Seit sedang membentangkan pendapatnya di hadapan...semangat tengah berkobar-kobar tu...


Cikgu-cikgu sedang asyik mendengar amanat pertama....Siang Lin Chiakyok...

Monday, January 5, 2009

Patah Tumbuh Silih Berganti...

Sjkc Siang Lin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Lim Eang Leong dan juga Cikgu Yong Mei Lin yang berpindah. Segala jasa yang telah dicurahkan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit...Jasa kalian akan dikenang sehingga ke akhir hayat.Semoga cikgu gembira di tempat baru.

Inilah dia Cikgu Lim...
Sjkc Siang Lin juga ingin mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru dan guru-guru yang baru berpindah ke sekolah ini. Seramai 4 orang guru telah melapor diri pada hari ini iaitu Cikgu Foong Sheik Kwan, Cikgu Chu Sue Jin, Cikgu Poo Fong Ling dan juga Cikgu Yoong Yee Meei .Semoga dengan kehadiran cikgu-cikgu ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi Sjkc Siang Lin pada tahun ini.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baru

Seluruh warga Siang Lin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru serta pelajar-pelajar lama yang akan memulakan sesi 2009 pada hari Isnin ini. Semoga dengan bermulanya tahun baru, azam baru serta semangat baru ini akan dapat meningkatkan lagi pencapaian di dalam peperiksaan...Good Luck to all of you...