Saturday, February 14, 2009

Hi Tea Sempena Kedatangan Warga Baru SJKC Siang Lin

Tarikh: 14 Februari 2009
Lokasi: Hotel Avillion Legacy, Melaka
Masa:12 tengah hari - 4 petang

Hi Tea ini bersempena untuk mengalu-alukan selamat datang kepada 4 orang warga baru SJKC Siang Lin. Majlis bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir 3.30 petang. Ramai guru yang hadir. Guru besar juga hadir walaupun sibuk kerana beliau mempunyai 2 tanggungjawab besar...Jangan salah faham...Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah beliau seorang pentadbir dan juga beliau seorang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Semoga dengan adanya hi tea ini akan dapat merapatkan serta memesrakan lagi hubungan sesama warga SJKC Siang Lin.

Antara yang hadir...

Yang diraikan...Cik Poo Fong Ling,Cik Chu Sue Jin dan Cik Yoong Yie Meei duduk satu meja dengan Guru Besar...

Juga diraikan...Pn Fong Sheikh Kwan(sebelah kanan)

Sebelum terlupa,tahniah kepada SJKC Siang Lin kerana tercalon sebagai sekolah cemerlang...So,Selamat Membuat Kerja...Siang Lin Chiayok!!!

Tuesday, February 10, 2009

Kejohanan Pingpong Kawasan Bukit Cina

Date : 9 Februari - 10 Februari 2009
Tempat:SJKC Ping Ming,Melaka

Seramai 4 orang murid terdiri daripada Gan Ci Chan(5M), Tan Wein Pin(5M) dan Lim See Liang(5M),Austin Tan Wei Xin(5M),telah mewakili SJKC Siang Lin untuk pasukan lelaki manakala seramai 5 orang perempuan terdiri daripada See Tian Xin(6B), Tan Tian Ying(6K), Choo Pier Ting(6B), Lee Wan Jing(B) dan Tan Loke Ye(6B) telah menyertai pertandingan pingpong ini.Pasukan pingpong SJKC Siang Lin telah diiringi oleh Cikgu Hwan Ah Yoh.

Pasukan perempuan telah mendapat naib johan berkumpulan.
Di harap,semua murid dapat mencontohi dalam apa yang telah ditunjukkan demi mengharumkan lagi nama SJKC Siang Lin.Siang Lin chiayok!!!



Saturday, February 7, 2009

Merentas Desa

Date: 7 Februari 2009
Tempat: SK Serkam Pantai
Guru Pengiring:Pn. Oii Kim Wah

SJKC Siang Lin telah menghantar 4 orang murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Mereka terdiri daripada:-
Peserta Lelaki:
Lim See Chin(6B)
Afandi(6M)

Peserta Perempuan:
GOH Hui Teng(6K)
Lai Mee Chee(6B)

Murid-murid sedang memanaskan badan sebelum pertandingan dimulakan

Pertandingan akan dimulakan
Walaubagaimanapun, SJKC Siang gagal menang dalam sebarang kategori. Semoga pada tahun hadapan, Pasukan merentas desa SJKC Siang Lin akan mendapat keputusan yang lebih baik.Siang Lin Chiayok!!!

Thursday, February 5, 2009

Pertandingan Badminton Kawasan Bukit Cina

Date : 2 Februari - 5 Februari 2009
Tempat:Stadium Badminton Tengkera, ,Melaka

Seramai 3 orang murid terdiri daripada Jacky Tan,(6M), Jolyn Tan(4B) dan Lim See Liang(5M), telah menyertai pertandingan badminton ini peringkat kawasan Bukit Cina.Pasukan badminton SJKC Siang Lin telah diiringi oleh Cikgu Poh Chew Khim.



Jacky Tan dan Jolyn Tan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Buat pengetahuan semua, Jacky Tan telah berjaya terpilih untuk mewakili Negeri Melaka dalam pertandingan Badminton bawah 12 tahun yang akan berlangsung di Negeri Perlis pada cuti pertengahan penggal pertama ini.
Di harap,semua murid dapat mencontohi dalam apa yang telah ditunjukkan demi mengharumkan lagi nama SJKC Siang Lin.Siang Lin chiayok!!!