Friday, May 29, 2009

Pertandingan Pemahaman

Pertandingan Pemahaman Bahasa Malaysia telah dijalankan pada hari ini. Pertandingan ini merangkumi soalan pemahaman berdasarkan petikan serta soalan - soalan tatabahasa. Murid - murid perlu menjawab sebanyak 50 soalan aneka pilihan dalam masa 1 jam. Pertandingan ini terbuka untuk pelajar-pelajar tahap 2 sahaja.

Jawab...jangan tak jawab...

Monday, May 25, 2009

TAHNIAH!!!

Pada cuti cuti pertengahan tahun ini, 2 orang murid SJKC Siang Lin akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Sukan MSSM. Dia ialah adik Nur Izzatie Alysha bte Annual dan adik Seow Zuo Ann.



Adik Nur Izzatie Alysha telah mendapat tempat ketiga dalam acara gelung semasa peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, dia telah terpilih mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada cuti pertengahan tahun ini di Pulau Pinang.



Adik Seow Zuo Ann (sebelah kanan) telah terpilih untukmewakili negeri Melaka ke Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung juga pada cuti pertengahan tahun di Batu Pahat, Johor.

Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris yang telah diadakan pada minggu lepas


Pemenang pertandingan Bercerita Bahasa Cina yang telah diadakan juga pada minggu lepas

Saturday, May 23, 2009

AWAS DENGAN PENIPUAN!!!!

Saya telah beberapa kali menerima email ini.Tolong jangan respond jika menerima email seperti dibawah(entry yang berwarna merah).

CIMB Bank
show details May 22 (1 day ago)

Alert Message - #2605


Dear Valued Customer,

We placed an hold on your account for security reasons as we detected several invalid logon attempts from a blacklisted location. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

Activate Now
http://www.cimbclicks.com.my/

Note: Your account will be closed if not resolved within 5 minutes of notice.

Sincerely,

CIMB BANK

Jangan sesekali percaya dengan penipuan ini. Semuanya TIDAK BENAR. Bukan hanya CIMB, bahkan semua bank tidak akan menghantar notis melalui email sebegini. Percayalah...Saya sudah bertanyakan kebenaran ini melalui pihak yang bertanggungjawab. Semoga ia dapat dijadikan ingatan buat kita semua.

Selamat Menanda Kertas Peperiksaan

Tiada yang menarik pada hujung minggu ini. Semua guru sibuk menanda kertas peperiksaan serta memasukkan markah ke dalam laporan prestasi murid. Buat semua guru, selamat menanda kertas. Siang Lin Chiayok...

Tuesday, May 19, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan pertengahan tahun bermula hari ini. Semua murid berusaha sedaya upaya agar mendapat keputusan yang cemerlang. Peperiksaan ini berakhir pada hari Jumaat ,22 Mei 2009.Siang Lin Chiayok....






Menjawab soalan peperiksaan dengan tenang

Saturday, May 16, 2009

Kempen Bumi Hijau di Siang Lin

SJKC Siang Lin tidak terkecuali dalam menghijaukan bumi. Walaupun ruang amat terhad namun murid-murid berusaha juga mengambil bahagian dalam mencari pengalaman bercucuk tanam.


Gembira menanam sayur-sayuran


Menyemai biji benih

Murid-murid memeriksa pokok sayur yang ditanam

Sambutan Hari Guru SJKC Siang Lin

Walaupun disambut secara ala kadar kerana kegawatan ekonomi, namun ia tetap meriah seterusnya menjadikan guru-guru lebih bersemangat untuk meneruskan tugas yang telah diamanahkan. Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan sambutan ini. terima kasih juga kepada murid-murid kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Semoga SJKC Siang Lin akan lebih berjaya dan berjaya pada masa akan datang.


Cikgu She sedang membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Cikgu Kamarul sedang membaca perutusan Menteri pelajaran Malaysia


Murid - murid mendengar perutusan dibacakan dengan teliti


Murid-murid juga turut mengambil bahagian...


Pertandingan Ping Pong antara Cikgu ong lawan See Tian Xin...Cikgu Fong menang


Cikgu Lee Wai Leng juga dengan mudah mengalahkan Tan Tian Ying....


Cikgu OOi Kim Wah lawan seorang murid tahun enam...Cikgu Oii menang juga...


Cikgu Kamarul??em...sudah tentu lah menang....


Cikgu Yaw juga menang...Semua guru menang


Sesi "memanaskan badan"...


Pertandingan memijak belon...ala-ala sukan olimpik...


Dalam kesibukan pertandingan, sempat juga mengambil gambar sendiri...heheehe


Biasalah...golongan cikgu yang dapat kalahkan murid-murid tadi yang mendapat hadiah


Cikgu Lee Fong Eng juga mendapat hadiah...


Raymond Ong juga mendapat hadiah walaupun dia bukan guru..hehehheh


A Happy Day...Thanks for the present...Good Luck for the coming UPSR...





Masa yang ditunggu-tunggu...JAMUAN...yum yum yum....

Friday, May 15, 2009

Teknik Menjawab Soalan Matematik

Tempat: Dewan SJKC Siang Lin
Masa:2.00 petang - 4.00 petang

Semua murid tahun 6 telah mengikuti ceramah teknik menjawab soalan Matematik bagi menambahkan lagi kefahaman murid-murid agar dapat menjawab soalan Matematik dengan tepat. Semoga anda berjaya semasa peperiksaan UPSR akan datang. Siang Lin Chiayok...


Murid-murid sedang mendengar dengan teliti



Fasilitor sedang menerangkan kepada murid-murid



Antara guru yang bertugas

Wednesday, May 6, 2009

Teknik Menjawab Soalan Bahasa Cina

Tempat: Dewan SJKC Siang Lin
Masa:2.00 petang - 4.00 petang

Semua murid tahun 6 telah mengikuti ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Cina bagi menambahkan lagi kefahaman murid-murid agar dapat menjawab soalan Bahasa Cina dengan tepat. Semoga anda berjaya semasa peperiksaan UPSR akan datang. Siang Lin Chiayok...

Murid-murid sedang mengambil tempat



Fasilitator sedang menunggu masa untuk memulakan ceramahnya



Fasilitator menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat



Murid-murid mendengar dengan teliti



Happy je...faham ke tak ni??

Tuesday, May 5, 2009

Pertandingan Bercerita Bahasa Cina

Tarikh:5 Mei 2009
Tempat : Dewan


Panitia Bahasa Cina telah menganjurkan pertandingan bercerita Bahasa Cina ntuk murid-murid tahap 2. Murid-murid amat berminat untuk menyertai pertandingan ini. Mereka berusaha bersungguh-sungguh.


Para peserta menunggu giliran


Antara guru yang mengadili pertandingan ini








Amacam??Berbakat tak???Anyway, Tahniah untuk semua.Percubaan dan pengalaman yang baik