Wednesday, May 19, 2010

Minggu Peperiksaan

Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula pada Hari Rabu, 19 Mei 2010. Ia hanyalah peperiksaan untuk Tahun 1 hingga 5. Untuk Tahun 6, ia akan dijalankan selaras pada minggu hadapan.

Semoga murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik.

Sunday, May 16, 2010

Tahniah

SJKC Siang Lin ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Foong Sheik Kwan yang telah selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel pada 16 Mei 2010. Nampaknya, hari lahir anak Cikgu Foong ini akan disambut setiap Hari Guru...Semoga menjadi anak yang baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Untuk Cikgu Foong, jaga kesihatan baik-baik dan datang semula ke Siang Lin setelah habis cuti nanti...

Minta maaf kepada pengunjung blog kerana blog ini kurang dikemaskini. Ianya akan dikemaskini setiap Hari Jumaat pada Hari Jumaat. So, segala meklumat tidak akan tertinggal lagi....

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di mana jua anda berada. Tema pada tahun ini ialah guru pembina negara bangsa. Semoga dengan adanya sambutan Hari Guru setiap tahun akan meningkatkan lagi semangat semua para guru.