Wednesday, September 30, 2009

Spot Check...

Spot Check dijalankan oleh pengawas bersama guru-guru disiplin.



Friday, September 11, 2009

Ceramah Kebersihan Gigi

Tempat: Dewan SJKC Siang Lin
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Ceramah Kebersihan Gigi telah disampaikan oleh jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia. Ceramah ini mengambil masa selama 1 jam. Para pelajar diperkenalkan dengan beberapa istilah berkenaan gigi seperti plak dan lain-lain lagi. Semua pelajar mengikuti ceramah ini. Kelihatan, semua pelajar menunjukkan minat daripada ceramah ini. Harapan kami guru-guru, agar semua murid dapat menjaga kebersihan gigi. Ingatlah, gigi merupakan mahkota yang ada yang perlu kita jaga. Cuba bayangkan apa akan jadi jika kita tiada gigi?


Murid mendengar dengan penuh semangat

Tahniah kepada jururawat kerana dapat menerangkan dengan jelas

Mr Seit,GPK HEM...Orang kuat program ini..

Friday, September 4, 2009

Soalan Percubaan UPSR

Berikut merupakan ringkasan soalan Percubaan UPSR BM 2 SJK

Negeri Melaka
1) Laporan lawatan
2) Temuramah tokoh murid
3) Menceritakan suasana di pasar malam

Negeri Sembilan
1) Jiran saya
2) Laporan majlis Sambutan Hari Guru
3) Pengalaman berkebun sayur

Johor
1) Laporan majlis Hari Kanak-Kanak
2) Faedah Bersukan
3) Autobiografi - aku sebuah kereta

Untuk negeri lain, tiada info tapi kalau ada yang bermurah hati, boleh email ke sjkcsianglin@gmail.com

atau taip di ruangan chat sahaja. Semoga berjaya...