Thursday, October 29, 2009

RIMUP

Program RIMUP telah berlangsung dengan jayanya. SJKC Siang Lin menjalankan program RIMUP bersama SK Seri Bandar. Pada tahun ini, Program RIMUP menjalankan permainan bola sepak untuk murid lelaki manakala "Captain Ball" untuk murid perempuan.



Murid lelaki bermain bola sepak


Sesi suai kenal


Mr Seit mengalungkan medal kepada para pemenang


Murid perempuan bermain "Captain Ball"

Monday, October 26, 2009

Semakan PTK Ogos 2009

Keputusan PTK boleh di semak mulai hari ini. Keputusan boleh disemak

klik disini.

Tahniah kepada mereka yang berjaya.

Saturday, October 24, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan 6

Latihan Dalam Perkhidmatan yang terakhir telah berlangsung di Bilik Komputer SJKC Siang Lin. LDP dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar. Sesi pertama ialah sesi bagaimana melukis muka dengan teknik yang betul. Sesi kedua ialah teknik origami. Sesi terakhir ialah kaedah aritmetik mengguna sempua(abaku). Sesi terakhir dijalankan oleh GPK Kokurikulum SJKC Siang Lin, Pn Ooi Kim Wah.

Semoga latihan ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran guru-guru.


Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan


Tekun mendengar ..


sebelum...


selepas....Cantik tak??


Cikgu Lee Wai Leng menunjukkan kemahirannya

Friday, October 23, 2009

Jamuan Raya 1Malaysia

Jamuan Hari Raya telah diadakan pada Hari Jumaat, 23 Oktober tepat jam 8.00 malam. Majlis diadakan di Restoren Golden Deluxe Melaka Baru. Terima kasih kepada Kelab Guru yang menaja jamuan ini. Makanan yang dihidangkan amat enak dan menarik untuk dimakan.

Hari Jualan...

Telah diadakan di dataran SJKC Siang Lin. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6. Semoga mereka belajar dengan pengalaman yang diperoleh.





Thursday, October 22, 2009

Kuiz Pemahaman BI

Kuiz Pemahaman Bahasa Inggeris telah diadakan pada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pertandingan ini dianjurkan oleh Paniti Bahasa Inggeris. Semua pelajar menjawab soalan dengan penuh semangat...Semangat 1Malaysia...Keep it up.Pemenang akan diberitahu kemudian.



Wednesday, October 21, 2009

Pertandingan Bola Keranjang Tahun 6

Pertandingan Bola keranjang tahun 6 merupakan program selepas UPSR. Pertandingan ini melibatkan ketiga-tiga kelas tahun 6 iaitu 6 Merah, 6 Biru dan 6 Kuning.Pertandingan berlangsung pada 21 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009. Permainan berlangsung secara liga.





Penyokong yang "smart"

Semangat 1Malaysia

Friday, October 16, 2009

Majlis Makan Malam

Majlis makan malam telah diadakan di SJKC Pay Teck bermula tepat 8.00 malam. Majil dirasmikan oleh ADUN Duyong yang juga EXCO, YB Dato' Gan Tian Loo. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama. Majlis berlangsung dengan lancar.


YB Dato' Gan merasmikan majlis

tetamu mendaftar di meja pendaftaran

Bersedia menunggu tetamu

Last touch!!

Get ready....

wakil PPD dan JPM

Penderma menerima cenderahati

Antara tetamu yang hadir


Gembira.....