Saturday, February 14, 2009

Hi Tea Sempena Kedatangan Warga Baru SJKC Siang Lin

Tarikh: 14 Februari 2009
Lokasi: Hotel Avillion Legacy, Melaka
Masa:12 tengah hari - 4 petang

Hi Tea ini bersempena untuk mengalu-alukan selamat datang kepada 4 orang warga baru SJKC Siang Lin. Majlis bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir 3.30 petang. Ramai guru yang hadir. Guru besar juga hadir walaupun sibuk kerana beliau mempunyai 2 tanggungjawab besar...Jangan salah faham...Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah beliau seorang pentadbir dan juga beliau seorang pelajar yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Semoga dengan adanya hi tea ini akan dapat merapatkan serta memesrakan lagi hubungan sesama warga SJKC Siang Lin.

Antara yang hadir...

Yang diraikan...Cik Poo Fong Ling,Cik Chu Sue Jin dan Cik Yoong Yie Meei duduk satu meja dengan Guru Besar...

Juga diraikan...Pn Fong Sheikh Kwan(sebelah kanan)

Sebelum terlupa,tahniah kepada SJKC Siang Lin kerana tercalon sebagai sekolah cemerlang...So,Selamat Membuat Kerja...Siang Lin Chiayok!!!

0 comments: