Monday, January 4, 2010

Selamat Belajar

Pada hari ini, murid-murid memulakan sesi persekolahan. Pelbagai kerenah dan perangai yang dapat diperhatikan terhadap murid-murid khususnya murid-murid tahun 1. Ini kerana pada hari inilah hari pertama mereka menempuh alam persekolahan. Sebelum ini, mereka hanya mempunyai sedikit pengalaman ketika berada di kelas pra sekolah mahupun kindergarden.

Kepada murid-murid yang lama pula, pada hari ini mereka datang dengan segak bergaya di samping pakaina baru, beg sekolah baru serta kasut baru. Di harap, bukan setakat peralatan sekolah sahaja yang baru tetapi mereka perlulah menetapkan azam baru...Azam pada diri sendiri yang mereka akan belajar bersungguh-sungguh serta yakin untuk berjaya.

Kepada semua murid, selamat belajar serta selamat maju jaya kami ucapkan. Buat murid-murid tahun 1, selamat menjadi warga SJKC Siang lin. Berusahalah bersungguh-sungguh. Pasti!Anda akan berjaya.

0 comments: