Saturday, July 24, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 4

Latihan Dalam Perkhidmatan kali keempat pada tahun ini telah diadakan. Tajuk kali ini ialah Teknik Hiasan Untuk Buku Skrap. Semua guru menyertai LDP ini.

Saya sebagai Setiausaha LDP ingin mengucapkan terima kasih kepada guru besar serta guru-guru yang memberikan kerjasama sebaik mungkin. Terima kasih kepada fasilitator FOC kami, Pn Lee Wai Leng yang telah mencurahkan segala kepakaran beliau untuk dikongsi bersama agar dapat diturunkan kepada anak-anak didik kita pada masa akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab Guru SJKC Siang Lin kerana telah menaja sarapan pagi. Semoga Siang Lin akan terus maju dan dapat meningkat dengan agresif dalam segala bidang tidak kira pelajaran mahupun sukan atau bidang-bidang yang lain.





Guru-guru membuat latihan dalam kumpulan

Guru Besar memberikan ucapan perasmian


0 comments: