Thursday, October 25, 2012
Monday, December 20, 2010
Mesyuarat Pertama
Mesyuarat Kali Pertama telah berlangsung pada hari ini, Isnin, 20 Disember 2010. Mesyuarat dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Untuk melihat gambar berkenaan aktiviti SJKC Siang Lin, kini Siang Lin sudah mempunyai akaun facebooknya sendiri.
Kepada para pelajar SJKC Siang Lin, bolehlah search di akaun facebook siang lin iaitu "Siang Lin Album" dan add as a friend...Jumpa di sana...
Posted by Author at 3:21 PM 3 comments
Thursday, September 2, 2010
Soalan Percubaan Negeri SJK
Untuk karangan Bahasa Melayu Bhagian B.
Melaka:
1.Karangan "Perpustakaan Sekolah Saya".
2. Catatan mengenai kem motivasi UPSR.
3. Kamu pergi ke pasar malam. Ceritakan suasana di pasar malam.
Negeri Sembilan:
1. Laporan Temasya Sukan Tahunan.
2. Ceritakan pengalaman semasa kamu menyertai perkhemahan anjuran sekolah.
3. Kamu tidak hadir ke sekolah. kerana demam. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu.
Johor:
1. Ceritakan tentang sambutan hari lahir kamu yang ke-12 tahun.
2. Tulis karangan tentang suatu pekerjaan yang kamu tahu.
3. Sekolah kamu mengadakan majlis perpisahan tahun 6. Selaku ketua murid, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan.Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.
p/s: Jika ada negeri lain yang ingin berkongsi, bolehlah email atau just tulis di ruangan komen.Tq.
Posted by Author at 9:08 AM 0 comments
Friday, August 6, 2010
Merentas Desa

Cikgu Lee Fong Eng mencatat nama pemenang





Antara pemenang yang memenangi pertandingan
Posted by Author at 9:48 AM 0 comments
Thursday, July 29, 2010
Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan syarahan Bahasa Melayu. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahun 5 dan 6. Pertandingan ini diadili oleh 3 orang pengdil iaitu Cikgu Tan Siew Geok, Cikgu Yoong Yee Mei dan Cikgu Aziroh.
Pemenang Tahun 6:
1. Loo Ke Ni, 6B
2. Sarah Michelle, 6M
3. Hanis Suraiya, 6B
Pemenang tahun 5:
1. Wong Hui Lin,5M
2. Pang Sze Yuann,5M
3. Teh Ching Ye, 5M
Tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya, berlatih lebih awal dan cuba lagi pada tahun hadapan.
Posted by Author at 10:04 AM 0 comments
Saturday, July 24, 2010
Latihan Dalam Perkhidmatan 4
Latihan Dalam Perkhidmatan kali keempat pada tahun ini telah diadakan. Tajuk kali ini ialah Teknik Hiasan Untuk Buku Skrap. Semua guru menyertai LDP ini.
Saya sebagai Setiausaha LDP ingin mengucapkan terima kasih kepada guru besar serta guru-guru yang memberikan kerjasama sebaik mungkin. Terima kasih kepada fasilitator FOC kami, Pn Lee Wai Leng yang telah mencurahkan segala kepakaran beliau untuk dikongsi bersama agar dapat diturunkan kepada anak-anak didik kita pada masa akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab Guru SJKC Siang Lin kerana telah menaja sarapan pagi. Semoga Siang Lin akan terus maju dan dapat meningkat dengan agresif dalam segala bidang tidak kira pelajaran mahupun sukan atau bidang-bidang yang lain.
Posted by Author at 1:37 PM 0 comments
Friday, July 23, 2010
PTK
Posted by Author at 12:11 PM 0 comments