Monday, June 29, 2009

Kuiz Isu Semasa...

Pada minggu lepas, murid-murid SJKC Siang Lin telah menyertai Kuiz Isu-Isu Semasa. Umumnya, kuiz ini memang diketahui amat sukar. Seow Zuo Ann dari Kelas 6B telah mendapat saguhati dalam pertandingan ini. Semoga SJKC Siang Lin akan lebih berjaya di masa akan datang.

Saturday, June 27, 2009

Hi Tea Hari Guru Di Hotel Avilion Legacy

Tarikh : 27 Jun 2009
Masa: 1.00 petang -3.00 petang
Tempat : Hotel Avilion Legacy, Melaka

Jamuan Hi Tea telah diadakan di Hotel Avilion Legacy, Melaka. Semua guru telah hadir kecuali Pn. Ooi Kim Wah dan En. Rizazmi yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Semua yang hadir tersenyum gembira telah kenyang makan pelbagai jenis makanan...Sedikit gambar untuk tatapan semua...





Saturday, June 20, 2009

Latihan Dalam perkhidmatan 3

Tarikh: 20 Jun 2009
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat:Bilik Komputer Sjkc Siang Lin,Melaka
Tajuk: P&P Berkesan

Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan untuk kali yang ketiga. Tajuk pada kali ini ialah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan. di harap para guru dapat memanfaatkan LDP ini bagi memantapkan lagi teknik mengajar semasa di dalam kelas. terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama dan komitmen yang mantap dalam menjayakan latihan ini.

GPK 1 sedang membentangkan pembentangannya


GPK Koku sedang menerangkan P&P Berkesan


Cikgu Lee Fong ng sedang memberi penerangan


Cikgu Yow memberi penerangan tentang sejarah pendidikan


Guru-guru mengadakan perbincangan


Latihan Dalam Kmpulan

Guru-guru mendengar dengan teliti

Friday, May 29, 2009

Pertandingan Pemahaman

Pertandingan Pemahaman Bahasa Malaysia telah dijalankan pada hari ini. Pertandingan ini merangkumi soalan pemahaman berdasarkan petikan serta soalan - soalan tatabahasa. Murid - murid perlu menjawab sebanyak 50 soalan aneka pilihan dalam masa 1 jam. Pertandingan ini terbuka untuk pelajar-pelajar tahap 2 sahaja.

Jawab...jangan tak jawab...

Monday, May 25, 2009

TAHNIAH!!!

Pada cuti cuti pertengahan tahun ini, 2 orang murid SJKC Siang Lin akan mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Sukan MSSM. Dia ialah adik Nur Izzatie Alysha bte Annual dan adik Seow Zuo Ann.



Adik Nur Izzatie Alysha telah mendapat tempat ketiga dalam acara gelung semasa peringkat negeri. Sehubungan dengan itu, dia telah terpilih mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada cuti pertengahan tahun ini di Pulau Pinang.



Adik Seow Zuo Ann (sebelah kanan) telah terpilih untukmewakili negeri Melaka ke Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung juga pada cuti pertengahan tahun di Batu Pahat, Johor.

Pemenang Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris yang telah diadakan pada minggu lepas


Pemenang pertandingan Bercerita Bahasa Cina yang telah diadakan juga pada minggu lepas

Saturday, May 23, 2009

AWAS DENGAN PENIPUAN!!!!

Saya telah beberapa kali menerima email ini.Tolong jangan respond jika menerima email seperti dibawah(entry yang berwarna merah).

CIMB Bank
show details May 22 (1 day ago)

Alert Message - #2605


Dear Valued Customer,

We placed an hold on your account for security reasons as we detected several invalid logon attempts from a blacklisted location. Your immediate attention is required to activate and restore access to your account.

Activate Now
http://www.cimbclicks.com.my/

Note: Your account will be closed if not resolved within 5 minutes of notice.

Sincerely,

CIMB BANK

Jangan sesekali percaya dengan penipuan ini. Semuanya TIDAK BENAR. Bukan hanya CIMB, bahkan semua bank tidak akan menghantar notis melalui email sebegini. Percayalah...Saya sudah bertanyakan kebenaran ini melalui pihak yang bertanggungjawab. Semoga ia dapat dijadikan ingatan buat kita semua.

Selamat Menanda Kertas Peperiksaan

Tiada yang menarik pada hujung minggu ini. Semua guru sibuk menanda kertas peperiksaan serta memasukkan markah ke dalam laporan prestasi murid. Buat semua guru, selamat menanda kertas. Siang Lin Chiayok...